bismillah

Tuesday, January 24, 2012

"Tahajjudku?? Jangan kamu tanya....!!!!



Salam seIslam..da lame benar rasenye penulis tidak bersame sahabat2..tp xpe..even penulis xde kt cnie,penulis still ingat kt sahabat2...kali ni penulis suka utk berkongsi tntg tajuk y penulis tulis kt ats tu...mst sahabat tertanye2 ape y penulis maksudkn dgn tjuk tu sebenarnye??kalau kte imbas kembali,ade setengah pihak suka bertanye bpe kali kita buat qiyamullail dlm sebulan@seminggu@setahun, is it? bg penulis sendiri,penulis rase tidak berape  selese bile diajukan soalan sebegitu..sehinggelah penulis terjumpe 1 buku yang diberi tajuk "Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy" terbitan Al-hidayah.Yang judul asalnya"Kaifa Tatahammas Li Qiyamil Lail" yang ditulis oleh Djamaluddin Ahmad Al-Buni.yang kemudiannye diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Faizah Othman.

Dalam buku ini ade diceritakan tentang kisah-kisah yang berkaitan dengan tajuk yang penulis bawa pada kali ini..Antaranya :

               Seseorang bertanye kpd Tamim Dari,tentang solat malamnye.Tamim amat marah dengan pertanyaan itu sambil berkata : " Demi Allah,aku lebih suka melakukan Qiyamullail satu rakaat dengan sembunyi-sembunyi daripada melakukannya semalam penuh lalu menyampaikan kepada orang lain".(Imam Ahmad dalam Kitab Az Zuhud)

Kisah seterusnye :

              Ibnu Mubarak adalah seorang tabi'in yang soleh.Dia tidak suka solat malamnya diketahui orang sehingga dilakukan ibadah itu secara sembunyi-sembunyi.(Ibnu Hatim diringkaskan dari Kitab Al-Jarah Wa Ta'dil I: 266.)

             Ayyub a.s Sakhtiyani termasuk orang yang suka menyembunyikan solat malam.Sepanjang malam beliau menunaikan solat malam.Beliau berehat sejenak sebelum masuk waktu subuh,kemudian beliau bangun solat subuh dengan suara mengantuk,seakan-akan beliau baru sahaja bangun.(Abu Na'im dalam Hilyah Auliya').

Kisah seterusnye pula ialah berkenaan Muhamad bin Al-Munkadir r.a :

             Muhamad bin Al-Munkadir r.a bercerita : 'Pada suatu malam aku menuju pada mimbar ini (iaitu mimbar Rasulullah di masjid Nabawi),aku menunaikan solat dan berdoa di tengah malam,kemudian ada seseorang sedang berada pada salah satu tiang masjid menundukkan kepala.Dia menunaikan solat dan berdoa dan berkata :
'Ya Tuhanku,kemarau telah menyengsarakan hamba-mu.Aku berdoa kepada-Mu agar Engkau memberi air minum kepada mereka."Dalam waktu yang tidak lama mendung pun berkumpul dan akhirnya turun hujan lebat.
             Seseorang yang telah berbuat baik itu tidak mungkin bersembunyi dari pengetahuan Ibn Al-Munkadir.Ibn Al-Munkadir berkata : "Ini di Madinah,aku tidak mengenal dia."Ketika orang itu selesai memberi salam dalam solatnya,Ibnu Al-Munkadir mengikutnya dan akhirnya dia mengetahui di mana rumah orang itu.Keesokan harinya Ibnu Al-Munkadir pergi ke rumah orang itu,dia memberi salam dan menceritakan yang dia mendengar malam tadi iaitu doanya kepada Allah agar diturunkan hujan untuk para hamba Allah.Ketika itu juga muka orang itu berubah dan marah mendengar kata-kata Ibnu Al-Munkadir tersebut yang berkata kepadanya: "Adakah kamu mahu menerima nafkah harta dariku yang dapat membantumu untuk taat kepada Allah dan beribadah untuk akhirat?"Orang itu menjawab : "Aku tidak inginkan sesuatu darimu.Hanya janganlah kamu ceritakan apa yang kamu lihat malam tadi pada seorang pun sehingga aku mati.Jangan lagi kamu menemui aku lagi,wahai Ibnu Al-Munkadir kerana apabila kamu menemuiku lagi bermakna kamu memberitahu perkara ini kepada orang lain.Ibnu Al-Munkadir berkata :"Kamu jumpa sahaja aku di Masjid."Setelah peristiwa itu,orang itu meninggalkan rumahnya dan bersembunyi dan tidak diketahui khabar beritanya.Para jiran tetangganya mengatakan :"Allah telah membezakan kami dengan Ibnu Al-Munkadir.Dia telah membuat orang baik-baik pergi dari kita."(Az Dzahabi,A'lamun Nabula',V ;356)

Ibnu Al-Jauzi mengatakan :"Keikhlasan adalah ketika kamu berserah diri dengan tulus.Kesungguhan adalah kamu lakukan dengan sepenuh hatimu.Segera adalah segera beramal sebelum menyesal.

Sahabat-sahabatku...!! mulakanlah setiap amal ibadahmu dengan keihklasan,semoge ia dihitung oleh Allah di akhirat kelak.

~Qiyamullail adalah sunnah Nabimu.Berpegang teguhlah dan amalkanlah dengan sungguh-sungguh,kamu akan mendapat keberkatan dari Allah Rabbul Izzah.Kelak kamu akan mendapat tempat terpuji di sisi Allah Rabbula'lamin.~

Sekian Wassalam.