bismillah

Tuesday, January 24, 2012

"Tahajjudku?? Jangan kamu tanya....!!!!



Salam seIslam..da lame benar rasenye penulis tidak bersame sahabat2..tp xpe..even penulis xde kt cnie,penulis still ingat kt sahabat2...kali ni penulis suka utk berkongsi tntg tajuk y penulis tulis kt ats tu...mst sahabat tertanye2 ape y penulis maksudkn dgn tjuk tu sebenarnye??kalau kte imbas kembali,ade setengah pihak suka bertanye bpe kali kita buat qiyamullail dlm sebulan@seminggu@setahun, is it? bg penulis sendiri,penulis rase tidak berape  selese bile diajukan soalan sebegitu..sehinggelah penulis terjumpe 1 buku yang diberi tajuk "Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy" terbitan Al-hidayah.Yang judul asalnya"Kaifa Tatahammas Li Qiyamil Lail" yang ditulis oleh Djamaluddin Ahmad Al-Buni.yang kemudiannye diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Faizah Othman.

Dalam buku ini ade diceritakan tentang kisah-kisah yang berkaitan dengan tajuk yang penulis bawa pada kali ini..Antaranya :

               Seseorang bertanye kpd Tamim Dari,tentang solat malamnye.Tamim amat marah dengan pertanyaan itu sambil berkata : " Demi Allah,aku lebih suka melakukan Qiyamullail satu rakaat dengan sembunyi-sembunyi daripada melakukannya semalam penuh lalu menyampaikan kepada orang lain".(Imam Ahmad dalam Kitab Az Zuhud)

Kisah seterusnye :

              Ibnu Mubarak adalah seorang tabi'in yang soleh.Dia tidak suka solat malamnya diketahui orang sehingga dilakukan ibadah itu secara sembunyi-sembunyi.(Ibnu Hatim diringkaskan dari Kitab Al-Jarah Wa Ta'dil I: 266.)

             Ayyub a.s Sakhtiyani termasuk orang yang suka menyembunyikan solat malam.Sepanjang malam beliau menunaikan solat malam.Beliau berehat sejenak sebelum masuk waktu subuh,kemudian beliau bangun solat subuh dengan suara mengantuk,seakan-akan beliau baru sahaja bangun.(Abu Na'im dalam Hilyah Auliya').

Kisah seterusnye pula ialah berkenaan Muhamad bin Al-Munkadir r.a :

             Muhamad bin Al-Munkadir r.a bercerita : 'Pada suatu malam aku menuju pada mimbar ini (iaitu mimbar Rasulullah di masjid Nabawi),aku menunaikan solat dan berdoa di tengah malam,kemudian ada seseorang sedang berada pada salah satu tiang masjid menundukkan kepala.Dia menunaikan solat dan berdoa dan berkata :
'Ya Tuhanku,kemarau telah menyengsarakan hamba-mu.Aku berdoa kepada-Mu agar Engkau memberi air minum kepada mereka."Dalam waktu yang tidak lama mendung pun berkumpul dan akhirnya turun hujan lebat.
             Seseorang yang telah berbuat baik itu tidak mungkin bersembunyi dari pengetahuan Ibn Al-Munkadir.Ibn Al-Munkadir berkata : "Ini di Madinah,aku tidak mengenal dia."Ketika orang itu selesai memberi salam dalam solatnya,Ibnu Al-Munkadir mengikutnya dan akhirnya dia mengetahui di mana rumah orang itu.Keesokan harinya Ibnu Al-Munkadir pergi ke rumah orang itu,dia memberi salam dan menceritakan yang dia mendengar malam tadi iaitu doanya kepada Allah agar diturunkan hujan untuk para hamba Allah.Ketika itu juga muka orang itu berubah dan marah mendengar kata-kata Ibnu Al-Munkadir tersebut yang berkata kepadanya: "Adakah kamu mahu menerima nafkah harta dariku yang dapat membantumu untuk taat kepada Allah dan beribadah untuk akhirat?"Orang itu menjawab : "Aku tidak inginkan sesuatu darimu.Hanya janganlah kamu ceritakan apa yang kamu lihat malam tadi pada seorang pun sehingga aku mati.Jangan lagi kamu menemui aku lagi,wahai Ibnu Al-Munkadir kerana apabila kamu menemuiku lagi bermakna kamu memberitahu perkara ini kepada orang lain.Ibnu Al-Munkadir berkata :"Kamu jumpa sahaja aku di Masjid."Setelah peristiwa itu,orang itu meninggalkan rumahnya dan bersembunyi dan tidak diketahui khabar beritanya.Para jiran tetangganya mengatakan :"Allah telah membezakan kami dengan Ibnu Al-Munkadir.Dia telah membuat orang baik-baik pergi dari kita."(Az Dzahabi,A'lamun Nabula',V ;356)

Ibnu Al-Jauzi mengatakan :"Keikhlasan adalah ketika kamu berserah diri dengan tulus.Kesungguhan adalah kamu lakukan dengan sepenuh hatimu.Segera adalah segera beramal sebelum menyesal.

Sahabat-sahabatku...!! mulakanlah setiap amal ibadahmu dengan keihklasan,semoge ia dihitung oleh Allah di akhirat kelak.

~Qiyamullail adalah sunnah Nabimu.Berpegang teguhlah dan amalkanlah dengan sungguh-sungguh,kamu akan mendapat keberkatan dari Allah Rabbul Izzah.Kelak kamu akan mendapat tempat terpuji di sisi Allah Rabbula'lamin.~

Sekian Wassalam.
           

Tuesday, March 29, 2011




"Muslimah y CANTIK disisi ALLAH adalah : ~melakar kekuatan melalui masalahnya..~t'senyum disaat tertekan..~tertawa disaat hati sedang menangis..~tabah disaat terhina..~mempes0na kerana memaafkan..~mengasihi tanpa meminta balas..~bertambah kuat dlm D0A & PENGHARAPAN ILAHI.....~




Tika mana diriku disapa oleh sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan,seolah-olah terpukul oleh bayanganku sendiri.Adakala teguran itu akan membuatkan hati kita terluka tp sebenanya ia bakal membuatkan kita lebih dewasa.walaupun begitu ia tetap terlalu menyebakkan dan amat sukar untuk mencuci lukanya bahkan akan meninggalkan parut yang amat ketara..tidak salah utk kita menyapa org yang sedang tidur tp mestilah sesuai dgn uslubnya,bknnya dgn menjerit ditelinga sehingga menyebabkan org yang tertid0 td terkejut dan terkena serangan jantung dan menyebabkan dia meninggal dunia.....Innalillahiwainna'ilaihiraji'un...!!!!!!!!!

apakah yang sepatutnya kita lakukan jika kita berada ditempat org yang yang ingin mengejutkan org yang sedang tid0 td?????

Mungkin kita perlu menyentuhnye dan bersuara sekadarnya supaya dia berasa selesa apabila dia bangun kelak.
dgn itu secara tidak langsung ia akan menghasilkan kesan yang positif juga hubungan yang selesa antara kita dan dia selepas daripada itu.

sama-samalah kita fikirkan apa yang tersurat dan apa yang tersirat disebalik kenyataan diatas.dan juga sama-samalah kita pikirkan semua yang positif mahupun negatif untuk kepentingan dan keselesaan bersama pada masa akan datang.

semoga ALLAH meredhai segala apa yang kita lakukan samaada dalam kita sedar ataupun tidak....sem0ga ALLAH membantu setiap kelemahan dan kekurangan yang ada pada kita...Insyaallah..,sesungguhnya "DIA" lah yang Maha Mengetahui lg Maha Penyayang...








Friday, March 18, 2011

Niat Sebelum Bernikah






Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik,sesuai dengan tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam;antaranya:
1.Ingin meramaikan umat Islam. Firman Allah s.w.t.bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai." (an-Nisa': 1)
 

2.Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam. Firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis diri kamu sendiri, dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cicit, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengikari nikmat Allah?" (an-Nahl: 72)
 

3.Menceriakan kehidupan umat. Seperti maksud firman Allah s.w.t.: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya. (ar-Rum: 21)
 

4.Membantu menyuburkan iman. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain,mereka menyuruh membuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan,dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (at-Taubah:
71)
 

Tujuan-tujuan sebegini wajar diteliti oleh setiap orang yang hendak berkahwin agar perkahwinan itu dibina di atas landasan yang betul dan kuat serta dikaitkan dengan kepentingan agama. Namun demikian, ini tidak bermakna Islam menafikan kepentingan peribadi dalam setiap perkahwinan. Malah di atas kepentingan peribadi itulah dibina kepentingan Islam tadi, sesuai dengan maksud beberapa hadis berikut:
1.Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah." (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).
Untuk menambah bilangan umat Islam ke tahap yang membanggakan Rasulullah, mestilah dengan keinginan seks. Seorang yang berkahwin tanpa ada keinginan seks tidak akan menghasilkan zuriat, malah orang yang tidak bernafsu seks tidak dibenarkan berkahwin. Untuk mencapai kehendak Rasulullah di atas maka setiap kali melepaskan keinginan seks, niatkan untuk menambah bilangan umat yang bertaqwa.
 

2.Rasulullah bersabda, maksudnya: "Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan." (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).
Pilihan yang tepat ada kaitan dengan zuriat keturunan. Perhubungan seks dengan pasangan yang baik itu menjadikan zuriat keluarganya baik-baik juga. Sebaliknya, jika keturunan salah satu dari pasangan itu terdiri daripada orang yang pernah membuat maksiat maka kesannya akan menjalar kepada zuriatnya pula.
Rasulullah bersabda: "Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hubungan seks boleh menceriakan hati pasangan suami isteri. Tanpanya akan menjadikan hati pasangan menjadi gundah, menderita dan tidak tenang. Isteri perlu sedar tanpa berkahwin pun seseorang itu boleh memakai pakaian bersih,boleh makan makanan yang enak dan boleh berhibur hati, tetapi tanpa perkahwinan dia tidak boleh menyalurkan keinginan seks secara halal. Kerana
itu, hormatilah suami demi menceriakan jiwanya.
3.Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin.
Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumahtangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing.
Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan. Seorang lelaki tidak minta dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk kepentingan Islam. Demi mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menuju ke hari
akhirat.


"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik."- Ibn Majah




  

Saturday, March 5, 2011

----------------------------------



uTk ReNuNgaN beRsaMa : Pilihlah mana satu yang kita nk ikut.....








Original message from nur zulaiha:

  ::Manusia - Eh, dah subuh dah?
  ::Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan       
                              solat subuh mu .
  ::Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal  
                            lagi nie?.zzzzzzzzZZZZZzzzzzzzzzz


   Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
  ::Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian     
                     yang menutup aurat..
  ::Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, 
                  nampak kampung!!!


   Manusia - Alamak, dah lewat!
 ::Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti  
                   terlewat ke pejabat..
 ::Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, 
                 punchkanlah?

   Manusia - Azan sudah kedengaran... .
 ::Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah 
                    menunaikan kewajipan
 ::Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi 
                 nieii!!!!

   Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
::Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah  
                  pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha   
                  Melihat dan Maha  mengetahui !
 ::Syaitan -   Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak 
                   tengok nie..oooooo0000ooooo........y00ooo000,.......


  Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
 ::Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
::Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain 
                orang, lantaklahh d0rang nk wtpe..!!!! .


  Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini 
                 kepada orang lain
 ::Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati
                    lah sesama kamu..
 ::Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa     
                 susah2.... pandai2lah nnti..


   Manusia - aku telah berdosa..
 ::Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah 
                    kamu,sesungguhnya Allah Maha  
                    Pengampun. .
 ::Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh 
                  bertaubat... lagipun muda hanya 
                  sekali....rugila. ...(kalau sempatla)


   Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
 ::Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin  
                    melangkah ke jalan yang dimurkai           
                    Allah,berpalinglah dari jalan itu .
 ::Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang 
                 tahu...Jomlahhh!!!!!!!!!


   Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi 
                   nieee?.
 ::Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan 
                    RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan      
                    akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
 ::Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan 
                 di dunia (sahaja) dan kebahagiaan 
                 diakhirat jangan mimpilah 
                 untukmu....hahahahahaaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
                                       









Friday, March 4, 2011

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa



       Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu  amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
      

 "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."
   

  Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
      "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam     hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir  matahari untuk solat zohor."
   

   Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
 Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

      
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)


Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Monday, January 31, 2011

~ukhwah Ali bin Abi Thalib~

Kisah ini merupakan kepemimpinan Ali Ibn Abi Thalib dalam Khulafaurrasyidin yang sangat patut kita contohi dan teladani.

Tidak ada khalifah yang paling mencintai ukhuwah, ketika orang berusaha menghancurkannya, seperti Ali bin Abi Thalib. Baru saja dia memegang tampuk pemerintahannya, beberapa orang tokoh sahabat melakukan pemberontakan. Dua orang di antara Muhajirin meminta izin untuk melakukan umrah. Ternyata mereka kemudian bergabung dengan pasukan pembangkang. Walaupun menurut hukum Islam pembangkang harus diperangi, Ali memilih pendekatan persuasif. Dia mengirim beberapa orang utusan menyadarkan mereka. Beberapa pucuk surat dikirimkan. Namun, seluruh upaya ini gagal. Jumlah pasukan pemberontak semakin membengkak. Mereka bergerak menuju Basra.

Dengan hati yang berat, Ali menghimpun pasukan. Ketika dia sampai di perbatasan Basra, di satu tempat yang bernama Alzawiyah, dia turun dari kuda. Dia melakukan solat empat rakaat. Selesai solat, dia merebahkan pipinya ke atas tanah dan air matanya mengalir membashi tanah di bawahnya. Kemudian dia mengangkat tangan dan berdoa: "Ya Allah, yang memelihara langit dan apa-apa yang dinaunginya, yang memelihara bumi dan apa-apa yang ditumbuhkannya. Wahai Tuhan pemilik 'arasy nan agung. Inilah Basra. Aku mohon kepada-Mu kebaikan kota ini. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya. Ya Allah, masukkanlah aku ke tempat masuk yang baik, kerana Engkaulah sebaik-baiknya yang menempatkan orang. Ya Allah, mereka telah membangkang aku, menentang aku dan memutuskan bay'ah-ku. Ya Allah, peliharalah darah kaum Muslim."

Ketika kedua pasukan sudah mendekat, untuk terakhir kalinya Ali mengirim Abdullah Ibn Abbas menemui pemimpin pasukan pembangkang, mengajak bersatu kembali dan tidak menumpahkan darah. Ketika usaha ini pun gagal, Ali berbicara di hadapan sahabat-sahabatnya, sambil mangangkat al-Qur'an di tangan kanannya: "Siapa di antara kalian yang mahu membawa mushaf ini ke tengah-tengah musuh. Sampaikanlah pesan perdamaian atas nama al-Qur'an ini dengan tangan yang lain; jika tangan itu pun terpotong, gigitlah dengan gigi-giginya sampai dia terbunuh."

Seorang pemuda Khufah bangkit menawarkan dirinya. Kerana melihat usianya terlalu muda, mula-mula Ali tidak menghiraukannya. Lalu dia menawarkannya kepada sahabat-sahabatnya yang lain. Namun, tidak seorang pun menjawab. Akhirnya Ali menyerahkan al-Qur'an berada di tengah-tengah kita. Demi Allah, janganlah kalian menumpahkan darah kami dan darah kalian."

Tanpa rasa gentar dan penuh dengan keberanian, pemuda itu berdiri di depan pasukan Aisyah. Dia mengangkat al-Qur'an dengan kedua tangannya, mengajak mereka untuk memlihara ukhwah. Teriakannya tidak didengar. Dia disambut dengan tebasan pedang. Tangan kanannya terputus. Dia mengambil mushaf dengan tangan kirinya, sambil tidak henti-hentinya menyerukan pesan perdamaian. Untuk kedua kalinya tangannya ditebas. Dia mengambil al-Qur'an dengan gigi-giginya, sementara tubuhnya sudah bersimbah darah. Sorot matanya masih menyerukan perdamaian dan mengajak mereka untuk memelihara darah kaum Muslim. Akhirnya orang pun menebas lehernya.

Pejuang perdamaian ini rubuh. Orang-orang membawanya ke hadapan Ali Ibn Abi Thalib. Ali mengucapkan doa untuknya, sementara air matanya deras membasahi wajahnya. "Sampai juga saatnya kita harus memerangi mereka. Tetapi aku nasihatkan kepada kalian, janganlah mengganggu orang yang terluka, dan janganlah mengejar orang yang lari. Jangan membuka aurat mereka. Jangan merosak tubuh orang yang terbunuh. Bila kalian mencapai perkampungan mereka sedikit pun. Jangan menyakiti permpuan walaupun mereka mencemuhkan kamu. Jangan mengecam pemimpin mereka dan orang-orang soleh di antara mereka."

Sejarah kemudian mencatat kemenangan di pihak Ali. Seperti yang dipesankannya, pasukan Ali berusaha menyembuhkan luka ukhwah yang sudah retak. Ali sendiri memberikan ampunan massal. Sejarah juga mencatat bahwa tidak lama setelah kemenangan ini, pembangkang-pembangkang yang lain muncul. Mu'awiyah mengarahkan pasukan untuk memerangi Ali. Ketika mereka terdesak dan kekalahan sudah di ambang pintu, mereka mengangkat al-Qur'an, memohon perdamaian. Ali, yang sangat mencintai ukhwah, menghentikan peperangan. Seperti kita ketahui bersama, Ali dikhianati. Kerana kecewa, segolongan dari pengikut Ali memisahkan diri. Golongan ini, kelak terkenal sebagai Khawarij, beruabh menjadi penentang Ali. Seperti biasa, Ali mengirimkan utusan untuk mengajak mereka berdamai. Seperti biasa pula, upaya tersebut gagal.

Dari: Islam Aktual. Jalaluddin Rakhmat. Mizan, Jakarta 1991

Tuesday, January 18, 2011

EXCO JAKSA Kolej Kediaman Al-farabi Kolej Universiti Insaniah Sesi 10/11

"MENGORAK LANGKAH KE ARAH MAHASISWA INSANI DAN BERKEBAJIKAN"





salam...alhamdulillah...selesai sudah majlis Pelancaran JAKSA Kolej Kediaman Al-Farabi Sesi 10/11 yang telah dirasmikan oleh Ustazah Nurul Nazuha Bt Hazizan selaku Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar(HEP)...sm0ga perjalanan gerak kerja selepas ini berjalan dgn lebih lancar dan teratur dgn s0k0ngan serta kerjasama drpd sume pihak....aminnnn...insyaallah...~
bagi semua EXC0 ini adalah satu PENTAKLIFAN bukannye satu PENTASYRIFAN..segala gerak kerja yang telah serta yang bakal dilaksanakan semuanya hanya kerana ALLAH s.w.t....semakin banyak pentaklifan kita semakin tebal buku amalan kita,juga semakin banyak pentaklifan kita semakin banyak s0alan yang bakal ditanya kepada kita diakhirat kelak....
marilah kita sama2 muhasabah kembali....~

kami mengharapkan s0k0ngan padu daripada antum semua bg menjayakan segalanya.......termasuklah bahagian pengurusan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah,pensyarah2,kakitangan2,Barisan EXC0 Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) dan para pelajar am nya serta penghuni2 kolej kediaman khususnya.....mesti diingat,kebersamaan kita dlm setiap apa yang kita lakukan bakal menghasilkan sesuatu yang p0sitif....!!!

akhir kalam ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang sudi membantu bagi menjayakan Majlis Pelancaran JAKSA K0lej Kediaman Al-Farabi Sesi 10/11 secara langsung mahupun secara tidak langsung....

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZAK....INSYAALLAH....~